-
Kemudahan pembiayaan PC melalui AEON Credit
Ansuran PC dan Laptop
Melalui AEON Credit
WhatsApp Ralik untuk bincang kegunaan, software, bajet dan specs PC. Team kami akan bantu susun pilihan serta terangkan langkah awal sebelum permohonan dinilai oleh AEON Credit.
Jangan hantar MyKad atau dokumen kewangan melalui WhatsApp pada peringkat awal. Jika menggunakan Google Form, baca notis privasi dan arahan sebelum upload dokumen.
Cara memohon
Empat langkah dari pilihan PC ke keputusan
Mulakan dengan perbualan ringkas. Kami bantu jelaskan pilihan sebelum anda masuk ke proses penilaian AEON.
-
1 Tanya Ralik Beritahu jenis PC, kegunaan dan bajet yang anda sedang pertimbangkan.
-
2 Pilih PC & sediakan dokumen Semak spesifikasi dan rujuk senarai dokumen awal mengikut jenis pekerjaan.
-
3 Penilaian AEON AEON menilai permohonan dan menentukan keputusan berdasarkan semakan mereka.
-
4 Sahkan terma & pembelian Semak semua terma yang ditawarkan sebelum membuat pengesahan pembelian.
PC diserahkan selepas pembiayaan diluluskan dan urusan pembelian disahkan. Jika permohonan menggunakan promo code Ralik yang masih aktif, bayaran pertama biasanya dijadualkan kira-kira satu bulan selepas PC diterima. Tarikh sebenar mesti dirujuk pada jadual dalam perjanjian pembiayaan AEON.
Semak kelayakan dan dokumen awal
AEON Objective Financing menyenaraikan komputer dan laptop dengan tempoh 6 hingga 48 bulan, tertakluk pada penilaian dan kelulusan. Semak kelayakan asas serta dokumen awal di bawah sebelum memohon.
Makan gaji
Sekurang-kurangnya 6 bulan dengan majikan semasa dan pendapatan kasar minimum RM1,300 sebulan.
Dokumen awal
- MyKad bahagian depan dan belakang
- Slip gaji bagi 3 bulan terakhir
- Penyata penuh KWSP terkini
- Penyata bank 3 bulan jika penyata KWSP tidak tersedia
Bekerja sendiri
Menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 1 tahun dan pendapatan bersih minimum RM1,000 sebulan.
Dokumen awal
- MyKad bahagian depan dan belakang
- Pendaftaran perniagaan
- Penyata bank syarikat bagi 6 bulan terakhir
Dokumen akhir boleh berbeza mengikut kategori pemohon dan penilaian AEON. Nombor telefon serta seorang rujukan yang boleh dihubungi turut diperlukan untuk permohonan ini. Rujuk sumber rasmi AEON ↗
Ralik bantu. AEON menilai.
Ralik membantu pilihan PC dan langkah awal. AEON Credit menilai permohonan serta menentukan keputusan dan terma pembiayaan.
Pilihan PC dan persediaan
- Membantu mengenal pasti spesifikasi yang sesuai.
- Menerangkan laluan permohonan dan dokumen awal.
- Membantu urusan pembelian selepas terma disahkan.
Penilaian dan terma pembiayaan
- Menilai permohonan dan maklumat sokongan.
- Menentukan keputusan berdasarkan penilaian mereka.
- Mengesahkan kadar, fi, tempoh dan terma yang berkenaan.
Binaan sebenar Ralik
Pilih PC mengikut kegunaan anda
Tak pasti specs? Kongsi game, software, jenis kerja dan bajet yang selesa. Team Ralik akan bantu susun pilihan sebelum permohonan.
Teroka Custom PC ↗
Soalan penting sebelum memohon
Jika situasi anda berbeza, hubungi pasukan Ralik untuk semakan laluan yang sesuai.
Adakah permohonan saya pasti diluluskan?
Tidak. Kelulusan bergantung pada penilaian AEON Credit. Ralik boleh membantu anda menyediakan pilihan PC dan panduan awal, tetapi tidak menentukan keputusan kredit.
Boleh saya berbincang dengan Ralik dari luar Kelantan?
Boleh. Perbincangan awal dan pemilihan PC boleh dibuat melalui WhatsApp. Ketersediaan produk, penghantaran ke alamat anda dan proses pembelian akan disahkan oleh pasukan Ralik sebelum anda meneruskan.
Dokumen apa yang perlu disediakan?
Rujuk senarai awal mengikut jenis pekerjaan di atas. Keperluan akhir boleh berbeza mengikut permohonan dan akan disahkan dalam proses berkenaan.
Berapa kadar, fi dan tempoh pembiayaan?
Kadar, fi, tempoh dan jumlah bayaran perlu disahkan secara individu berdasarkan terma yang ditawarkan AEON. Semak keseluruhan terma sebelum membuat pengesahan.
Boleh saya terus isi borang tanpa WhatsApp?
Boleh. WhatsApp ialah laluan bantuan utama, bukan syarat wajib. Anda boleh membuka borang AEON melalui Ralik secara terus dan mengikut arahan yang dipaparkan.
Dah ada bajet atau model PC yang sedang dipertimbangkan?
WhatsApp Ralik dahulu. Team kami akan bantu susun pilihan PC dan terangkan langkah seterusnya.