RALIK PC TOOLS • TECHNICAL GUIDANCE
Ralik PC Bottleneck Checker — Semak CPU & GPU Anda
Pilih CPU, GPU, resolusi, kegunaan dan target anda. Checker ini bantu kenal pasti bahagian sistem yang mungkin menghadkan pengalaman—tanpa fake percentage dan tanpa janji FPS.
Apa itu PC bottleneck?
Bottleneck berlaku apabila satu bahagian sistem menjadi had utama bagi workload tertentu. Ia bukan label kekal pada sesuatu PC: gabungan yang terasa seimbang dalam satu game boleh berubah apabila resolusi, setting atau sasaran prestasi berubah.
CPU bottleneck
CPU mungkin tidak menyediakan kerja kepada GPU sepantas yang diperlukan, terutamanya untuk high-FPS gaming, simulasi atau workload sensitif kepada latency.
GPU bottleneck
GPU mungkin mencapai had terlebih dahulu apabila resolusi, visual setting, ray tracing, VRAM atau beban rendering meningkat.
Bukan semua masalah ialah bottleneck
RAM, storage, suhu, driver, background activity, network dan setting software juga boleh menyebabkan prestasi rendah atau tidak stabil.
Apa yang pengguna mungkin nampak?
- Satu komponen digunakan penuh sementara komponen lain kurang digunakan.
- Frame rate lebih rendah daripada jangkaan untuk konfigurasi atau setting tersebut.
- Frame time atau responsiveness kurang konsisten.
- Prestasi berubah banyak apabila resolution atau setting diubah.
Apa yang mengubah result?
Resolution & setting
1080p high refresh boleh lebih sensitif kepada CPU; 4K dan visual setting berat biasanya menambah beban GPU.
Game atau workload
Competitive gaming, AAA visual gaming dan creator/rendering tidak menggunakan CPU dan GPU dengan cara yang sama.
Keadaan sistem
RAM, cooling, temperature, driver, background activity dan power configuration boleh mengubah prestasi sebenar.
Kenapa calculator ini hanya estimate?
Ralik Checker menggunakan kelas komponen dan decision tree yang diterangkan, bukan makmal benchmark untuk setiap game. Ia tidak mengeluarkan peratus bottleneck kerana nombor sedemikian mudah kelihatan lebih tepat daripada bukti sebenar.
jaminan FPS, pengganti benchmark, atau bukti bahawa anda mesti upgrade. Semak penggunaan, suhu, frame time dan workload sebenar sebelum membuat keputusan.
Semak gabungan CPU & GPU
Completion biasanya bawah satu minit. Semua pengiraan berlaku dalam browser; tiada data dihantar kepada Ralik sehingga anda sendiri klik WhatsApp.
Apa patut saya buat selepas result?
Balanced
Kalau prestasi sebenar okay, keep current build. Upgrade hanya apabila ada target baru atau masalah yang boleh dibuktikan.
CPU limit
Periksa CPU usage, frame time, suhu dan platform. Semak CPU + Motherboard Combo atau bincang Custom PC.
GPU limit
Periksa GPU usage, VRAM, setting dan PSU. Lihat Graphic Card atau Gaming PC.