RALIK PC TOOLS • POWER PLANNING
Ralik PSU Wattage Calculator — Berapa Watt PSU PC Anda?
Pilih komponen utama untuk anggaran system load, kelas PSU dan upgrade headroom. Calculator akan cross-check minimum PSU rasmi GPU apabila data manufacturer tersedia.
Apa itu PSU dan apa fungsinya?
Power Supply Unit menukar kuasa elektrik untuk komponen PC dan membekalkan rail serta connector yang diperlukan. PSU yang sesuai perlu memberi kapasiti, connector dan kestabilan untuk konfigurasi sebenar—bukan nombor watt semata-mata.
Kapasiti tidak cukup
Sistem boleh menjadi tidak stabil atau shutdown di bawah load. Simptom tetap perlu didiagnos kerana punca lain juga mungkin terlibat.
Connector tidak sesuai
Wattage tinggi tidak membantu jika PSU tidak mempunyai connector atau kabel yang diperlukan oleh GPU dan motherboard.
Headroom tidak sesuai
Terlalu sedikit menyukarkan upgrade; terlalu banyak pula tidak secara automatik memberi FPS lebih tinggi.
Kenapa wattage sahaja tidak cukup?
- Periksa exact GPU connector dan adapter requirement.
- Gunakan kabel yang ditetapkan untuk model PSU tersebut.
- Pastikan form factor dan panjang PSU muat dalam casing.
- Pilih model PSU yang sesuai, bukan label watt sahaja.
- Ambil kira transient load dan cadangan manufacturer.
- Higher wattage tidak menaikkan FPS secara automatik.
Kira PSU untuk setup anda
Motherboard dimasukkan sebagai overhead sistem konservatif supaya pengguna tidak perlu memilih chipset yang tidak banyak membantu keputusan V1.
Bagaimana kiraan dibuat?
CPU allowance + GPU board power + 65W motherboard/system overhead + 4W setiap RAM stick + 5W setiap SSD + 9W setiap HDD + 3W setiap fan + allowance cooling.
Nominal estimate menerima 20% controlled headroom dan dibulatkan ke kelas PSU standard. Final recommendation ialah nilai lebih tinggi antara kelas kiraan Ralik dan minimum sistem rasmi GPU. Pilihan future upgrade menaikkan satu kelas sahaja.
Apa perlu diperiksa sebelum beli?
Connector
Semak connector GPU, motherboard, CPU EPS dan kaedah kabel yang dibenarkan pengeluar.
Model & quality
Jangan menilai PSU melalui wattage atau efficiency badge sahaja. Semak model sebenar dan kesesuaian build.
Upgrade plan
Kalau GPU atau platform akan dinaik taraf, beritahu model sasaran supaya headroom tidak dipilih secara rawak.